Wednesday, February 23, 2011

Tempahan

Alhamdulillah, tempahan kali ini diterima daripada Rosli dari Kpg Bintawa, Kuching pada 15 Feb 2011 yang lalu untuk makan2 sama keluarga isteri beliau. Thank you ye......lain kali ode lagi ye...
Sponge Cheese Cake

Moist Chocolate Cake

Wednesday, February 16, 2011

Resipi Moist Chocolate Cake

Juadah Minum Petang
Lagi2 kek coklat.....Moist Chocolate Cake kali ini resipinya diceduk dari buku seorang chef tidak asing lagi Puan Zubaidah bt Chepa, buku cetakan ke6 beliau "STEAMED CAKE" terbitan One Publisher. Buku ni saya beli di Popular Bookstore, yang menariknya buku ni diletak di rak buku tulisan Cina & tanpa fikir panjang sudah menjadi milik tuan rumah KEK WARISAN BONDA.
Sebelum publish kat sini dah minta kebenaran Puan Zubaidah sendiri....thank you Puan, semoga sentiasa dikurniakan rezeki berpanjangan. This cake is very moist seperti nama originalnya KEK COKLAT KUKUS BASAH. Seperti biasa husband & anak2 amat menyukainya.....alhamdulillah.
BAHAN-BAHAN:
  • 200 gm tepung superfine (saya guna tepung supreme)
  • 100 gm serbuk koko
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu teh soda bikabonat
  • 3 biji telur B
  • 200 gm gula kastor
  • 250 gm susu pekat manis
  • 250 ml minyak masak (saya guna minyak jagung)
  • 250 ml air panas

CARA-CARA:

  1. Ayak tepung, soda, serbuk penaik & serbuk koko.
  2. Di bekas yang lain pukul minyak, telur, susu pekat manis & gula.
  3. Masukkan tepung yang diayak & kacau sebati.
  4. Akhir sekali masukkan air panas & kacau rata.
  5. Sapu acuan 8" bulat dgn minyak, lapikkan kertas plastik (saya guna kertas grease).
  6. Kukus selama 1 - 1 1/2 jam.
  7. Hiaskan ikut selera masing-masing. Saya hias dengan topping coklat ganache & ditabur dgn manik warna-warni di atas kek. Tepinya just hias manik berbentuk hati. Nak sukakan hati anak perempuan saya......

SELAMAT MENCUBA......

Wednesday, February 9, 2011

Kelas Bersama Kak As

Custard Layered Cake
Kelas bersama Kak As ni (no. telepon : 019-5206014) yang belum saya update dengan gambar kek diadakan pada November 2010 sebelum saya balik ke Sarawak. Sapa2 yang tinggal di sekitar Kota Kinabalu dan kawasan sewaktu dengannya boleh hubungi Kak As untuk maklumat lanjut tentang kelas2 yang diadakan oleh beliau.

Kek ni sedap sangat......lapis bawah very special kek span & atasnya karamel dihias pulak dengan buah pic. Sekali makan.......mesti mau lagi......sayangnya tak dapat tunjuk yang telah dipotong.....masa tu takda kamera pulak....
Talam Tokyo
Kuih Talam pertama yang saya belajar, Talam Tokyo. Alhamdulillah tunjuk ajar Kak As amat berharga......pengalaman yang tidak dapat lupa. Sekali lagi thank you Kak As, semoga Kak As sentiasa dilimpah rezeki yang berpanjangan.....amin.

Friday, February 4, 2011

Resipi

Walnut Carrot Cake (with cream cheese frosting)
Sumber Resipi : http://salamdariborneo.blogspot.com

First time makan kek ni di rumah Maria......sedap sangat. Jadi, resipi terus dapat dari blog beliau dan nak share bersama siapa sahaja yang ingin mencubanya.
BAHAN-BAHAN:
A
4 biji telur
3/4 cawan minyak jagung (emergency bole guna minyak makan)
350 gm gula halus

B
250 gm tepung gandum (tepung Hong Kong pun bole)
3/4 sudu kecil bicarbonate of soda - diayak
1 1/2 sudu kecil baking powder

C
400 - 420 gm lobak merah (diparut)
80 gm walnut (dicincang)

CARA MEMBUATNYA:
  1. Pukul telur hingga pekat, masukkan gula & pukul lagi hingga kembang.
  2. Masuk minyak & pukul hingga rata.
  3. Masuk B ke dalam bahan adunan telur tadi.
  4. Akhir sekali masuk bahan C dan gaul sehingga sebati.
  5. Masuk dalam loyang, bakar ikut suhu oven masing2.
  6. Sejukkan dan hiaskan dengan Krim Keju.

KRIM KEJU

125 gm cream cheese, 50 gm mentega, 75 gm gula aising, 1 sudu besar pati oren (sunquick pun bole, tapi saya guna lemon paste)

CARA MEMBUATNYA:

Pukul keju hingga berkrim. Masukkan mentega, gula & pati oren pukul lagi hingga sebati. Hiaskan atas kek yang telah sejuk tadi.

Tuesday, February 1, 2011

Juadah Minum Petang

Simple Lapis Roti Cheese (chilled)
Resipi ini saya dapat dari kakak ipar, Rogayah Hj Rabaiee dari Bandar Sri Aman. Ceritanya dia dapat dari saudara yang buat kenduri yang menghidangkan kek ini. Inilah kali pertama buat, tak menjadi sangat agaknya, perlu tanya kakak ipar lagi.... Walaupun tak berapa nak menjadi, masukkan juga dalam slot juadah minum petang. Anak-anak yang suka makan ni.....rasa manis masin roti cheese,
Bahan-bahannya:
A
5oo gm cream cheese philadelphia (saya guna Tatura yg ada dalam stok)
1/2 tin susu pekat (saya guna susu gold coin je-yg ada dalam stok)

B
Roti Cheese (jenama Khong Guan)
Cheddar Cheese (diparut)

Cara Membuatnya:
  1. Bahan A dipukul sampai berkrim (Bahagi 4 bahagian).
  2. Lapis pertama - susun roti dalam loyang spring foam atau "mousse ring" 7" diletak atas cake board (saya guna square 8" dilapik guna cake plastik je mcm yg lapik utk kuih talam tu.
  3. Lapik kedua - Masukkan a portion of Bahan A. Tabur cheddar cheese parut (Resipi asal hanya lapis terakhir saja, saya tabur setiap lapis)
  4. Ulangi proses 2 & 3 sampai habis.
  5. Akhir sekali, masuk dalam peti sejuk semalaman, barulah boleh dipotong.

Inilah hasilnya..........kena cuba lagi le ni.

Friday, January 28, 2011

Kek Mentega

Inilah koleksi buku terbaru saya tahun ini, ditulis oleh Puan Amaruszati Noor Rahim. First time nampak kat kedai terus grab & no regrets buying that book. Indeed, banyak ilmu dapat dicedok darinya especially for those beginners I really suggest you have one because you are given the basics of cake decorating. Mulanya saya attend kelas dengan sifu Nina, saya masih belum lagi memahami asas buat deko kek & pembuatan kek itu sendiri. Datang2 je terus deco tanpa belajar bagaimana nak bancuh cupcake & kek span. Rasa upset jugalah kerana tidak puas dengan ilmu diperolehi, anyway melalui buku ini if you are a beginner you know where to start, if you are a teacher you must know your student's background of cake baking, a must question for sifu.....Buku ini menjawab hampir semua dari what I want to know about cake decoration. Worth buying......

KEK MENTEGA

Inilah percubaan pertama untuk buat Kek Mentega. Resipi diperolehi dari buku Panduan Asas Menghias Kek Zati D'hati. Hakcipta terpelihara, jadi tak bole publish kat sini, kena hormati hak penulisnya kan? Kek mentega untuk juadah minum petang, satu hari je dah habis....walaupun texture kek belum lembut seperti diinginkan, kena cuba lagi dapatkan texture lebih lembut dari ini. Agaknya kalo guna tepung superfine boleh dapatkan kek sedemikian kot.....

Wednesday, January 26, 2011

Lawatan ke Serikin

Inilah pertama kali saya buat lawatan ke Serikin, sempadan di antara Indonesia & Sarawak khas untuk meninjau oven serikin pada akhir bulan Disember 2010 lalu, baru dapat update gambar dalam blog. Walaupun dah tinggal kat Sarawak lebih 40 tahun, balik je dari Sabah tahun lepas barulah ada kesempatan untuk ke sana. The first thing dalam fikiran, oven kek lapis yang sering disebut-sebut oleh pembuat kek lapis di seluruh Sarawak khasnya & Malaysia amnya. Yang kita jumpa hari tu oven warna hijau & stainless steel. Sesiapa yang ingin memiliki oven ini bolehlah hubungi saya 016-5790871.

Terima kasih kepada yang telah membeli oven seperti berikut :

1. Encik Wan Ismail Wan Nawang (Kelantan)

2. Dayang Tiana (Selangor)