Selamat datang ke laman Kek Warisan Bonda. Keinginan untuk mempelajari seni pembuatan kek telah lama terpendam. Harapan dari pelancaran laman ini dapatlah kita berkongsi resipi, idea untuk memperkembangkan kemahiran dunia masakan terutama seni pembuatan kek. Bersedia untuk menerima tempahan Kek Lapis Sarawak, kek buah, kek cheese, kek coklat dan yang akan menyusul kemudian. Untuk menempah hubungi saya di talian 014-5841869 atau email neenahapiza@yahoo.com.
Tuesday, April 19, 2011
Kelas Kek Cheese bersama Chef Rashid Hassan
Sunday, April 10, 2011
Kelas Bersama Chef Rashid Hassan
Saturday, April 9, 2011
Cream Cheese Cake
Wednesday, March 30, 2011
Red Velvet Cake
Thursday, March 24, 2011
Moist Chocolate Cake lagi.....
N3 kali ini ialah kek yang telah ditempah oleh sepupu suami untuk 19.03.2011, Ain namanya. Katanya Moist Chocolate Cake ini untuk dikongsi bersama yang istimewa, sebab itulah berbentuk LOVE.......atas permintaan beliau ingin kek dibahagi 2 warna hitam & pink, tapi masa decorate hari itu entah kenapa warna hitam tak menjadi.......sapa2 kat luar sana boleh tunjukkan saya macamana nak dapat warna hitam.......
Anyway, setiap kali buat kek mesti ada suatu yang baru dapat dipelajari, kan? Harapan semoga Ain suka & begitu juga.....yang istimewa tu. Thank you Ain.
Monday, March 21, 2011
Resipi Kek Span & Buttercream
- 280 gm sponge mix
- 5 biji telur gred A
- 60 gm air
- 80 gm mentega cair / minyak masak
- 1 sudu teh vanilla
CARA MEMBUATNYA:
1. Masukkan tepung sponge mix & telur ke dalam mangkuk adunan.
2. Pukul speed perlahan utk sebatikan telur & tepung, kemudian tukarkan speed maksima & pukul 5 minit hingga kembang.
3. Masukkan air & vanilla & pukul lagi speed maksima selama 5 minit lagi hingga pekat & gebu.
4. Masukkan minyak @ mentega cair & gaul perlahan2 dgn senduk @ whisk.
5. Griskan tin pembakar 9" & alas dgn kertas minyak & tuangkan adunan ke dlmnya.
6. Masukkan ke dlm ketuhar yg telah dipanaskan kepada suhu 180 darjah celcius & bakar selama 40-50 minit hingga masak.
Tips: Anda boleh menambah perisa kopi, pandan, strawberi, oren ke dalam adunan basic ini, jgn guna esen vanilla. Campurkan perisa pilihan anda dgn air dlm resipi ini.
RESIPI BUTTERCREAM
(sumber sifu Milla http://bakewithmilla.blogspot.com/)
300 gm shortening
200 gm krimwell
300 gm susu pekat
sedikit vanilla
Pukul shortening, krimwell sehingga kembang & putih. (5 minit cam tu). Masukkan vanilla, susu pekat & putar hingga sebati sahaja.
SELAMAT MENCUBA.....