Kelas Roti Bun & Pizza
Alhamdulillah, tahun ni saya berkesempatan untuk belajar membuat Roti Bun & Pizza bersama chef Rashid Hassan di Pusat Giat Mara Kuching pada 26 Mac yang lalu. Inilah kelas yang saya teringin sangat nak hadir...tahun lepas tak sempat nak belajar dari sifu Nina...
Mulanya kami diperkenalkan kepada membuat adunan roti asas & pelbagai bentuk bun seperti sunflower bun, butterfly bun, sesame sausage roll, tau sar bun, stollen red bean & bun yang disaluti mexican topping (ni yang anak paling suka makan) Bun with mexican topping......topping yg crunchy. Selama ni asyik beli je...sekarang boleh cuba buat sendiri, kan.... Pizza yang belum dibakar lagi....Ingat tak pizza di Pizza Hut yang ada cheese di dalam crustnya....nilah dia....sedap. Bun yang sedang menunggu untuk dibakar Pizza....inti dah masuk, ditabur sedikit daun bawang
Bersama chef Rashid & Pn Hjh Sapura, salah seorang peserta kelas tapi beliau juga sifu Kek Sarawak yang lama seperti Kek Lapis, Kek Buah dsb...bertuahnya saya dapat jumpa orang2 yang pakar dalam bidang baking & cooking jugak. Pn Hjh nilah yang bersungguh2 nak bawa saya ikut kelas ni.
Bun yang telah masak Menariknya bentuk ni...
assalam cik hawina . im adibah from unimas :) . how to join chef rashid punya class ya owh ?
ReplyDelete