Wednesday, November 28, 2012

Soft Japanese Cotton Cheesecake

Tempahan dari rakan fb Arneeza Ahmad, tq so much.
  kek dihias dengan freshcream & buah strawberi


Monday, November 19, 2012

TEMPAHAN

 Chocolate Moist Cake
 Chocolate Moist Cake & Bingka Cheese
 Bingka Cheese
 Oreo Cheesecake - baked
 Chocolate Moist Cupcake
 Sponge Vanilla Cake
Alhamdulillah, sebelum cuti sekolah 2012 melabuhkan tirainya, ada yang telah menempah kek untuk jamuan akhir tahun.  Selain itu ada juga yang telah menempah untuk makan2 saja, katanya.  Terima kasih kepada:
1.  Cikgu Zahira Zainal - 1 biji Moist Chocolate Cake
2.  Cikgu Fanny - 3 biji Oreo Cheesecake
3.  Cik Sauyah - 180 biji Chocolate Moist Cupcake & 1 biji Sponge Vanilla Cake
4.  Puan E'in - 1 biji Bingka Cheese

Thursday, November 15, 2012

WALNUT CARROT CAKE

Sumber rujukan resipi  :  http://salamdariborneo.blogspot.com

Alhamdulillah, ramai yang telah menempah Walnut Carrot Cake ni.   Terima kasih kepada majikan adik ipar Puan E'in untuk tempahan kek di atas. Silakan mencubanya ya....
BAHAN-BAHAN:
A
4 biji telur gred A
3/4 cawan minyak jagung (emergency bole guna minyak makan lain)
150 gm gula perang (dark)
100 gm gula kastor
B (diayak bersama)
250 gm tepung Hong Kong @ superfine 
(kalo takda guna tepung gandum pun bole)
3/4 sudu teh bicarbonate of soda
1 1/2 sudu teh baking powder
C
400 - 420 gm carrot (diparut)
80 gm walnut (dicincang)
CARA MEMBUATNYA:
1.  Pukul telur hingga pekat, masuk gula  pukul lagi hingga kembang.
2.  Masuk minyak & pukul lagi hingga sebati.
3.  Kemudian masuk bahan B, gaul sebati (saya guna mixer low speed).
4.  Akhir sekali masuk bahan C, gaul sebati juga.
5.  Guna loyang 8"x8" atau bulat 9", masukkan adunan tadi & bakar 180 C selamat 45 minit @ sehingga masak.
6.  Sejukkan & hiaskan dengan cream cheese frosting.
CREAM CHEESE FROSTING:
125 gm cream cheese (saya suka guna Tatura Cheese)
50 gm mentega (dicairkan)
50 gm gula aising
1 sudu besar sunquick oren (bole guna orange paste @ lemon paste)
CARA MEMBUATNYA:
1.  Pukul cream cheese, gula & sunquick oren hingga creamy.
2.  Masuk mentega cair & pukul lagi hingga gebu.  Hias ikut kreativiti masing-masing.

Sunday, October 21, 2012

JUADAH MINUM PETANG

KEK MENTEGA TRADISI
 kek yang dah masak
sliced cake
Sebenarnya pelbagai kek mentega telah dicuba & di antaranya resipi ini menarik perhatian saya untuk mencubanya semenjak 2007 lagi.  Saya dapat resipi ni dari majalah Rasa keluaran September 2007 & kali pertama mencubanya pada tahun lepas untuk makan-makan sahaja bersama keluarga suami.  Kek ini beratnya lebih kurang 1.5 kg & very moist.  Sebenarnya saya kurang minat dengan kek yang terlalu lembab, sederhana je......anyway kena try dulu kalo nak tahu tekstur kek ni. 
BAHAN-BAHAN:
280 gm mentega
200 gm marjerin
40 gm krimwell
(jarang ada bahan ni dalam kek mentega)
15 gm susu tepung
280 gm gula kastor
8 biji telur gred A
380 gm tepung kek / superfine
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh esen vanilla
sedikit garam
CARA MEMBUATNYA:
1.  Masukkan gula, mentega, marjerin & krimwell & garam, pukul kembang.
2.  Masuk telur satu persatu & pukul lagi hingga kembang.
3.  Masuk tepung & susu tepung ke dalam adunan, kaup balik hingga sebati.
4. Masuk dalam loyang, bakar 170 C 35-40 minit @ sehingga masak.

Thursday, October 18, 2012

KEK HARIJADI ANAK

KEK KEJU COKLAT DINGIN

Kek ini khas untuk satu-satunya puteri saya Qurratu'aini Majdah yang menyambut harijadinya yang ke9 26 Julai lalu.  Memandangkan hari tersebut dalam bulan Ramadhan saya buat lewat sikit......belated birthday.  Kek ini pilihannya sendiri dari buku resipi Kompilasi Hidangan Kek tulisan Puan Noraini Zakaria (http://resipinoraini.blogspot.com).  Jadi, kita bentangkan  juga resipinya sekiranya ada sesiapa yang ingin mencuba.  The cake was marvellous......
BAHAN KEK SPAN COKLAT:
200 gm tepung kek (saya guna tepung Hong Kong)
200 gm gula kastor
110 gm mentega cair/minyak masak (saya guna minyak masak)
100 gm air
40 gm serbuk koko
20 gm ovalette
6 biji telur gred A
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh emulco coklat
CARA MEMBUAT:
1. Griskan acuan bulat berukuran 9 inci.  Lapik dengan kertas serap minyak.  Panaskan ketuhar pada suhu 180 C.
2.  Satukan gula kastor, ovalette, tepung kek, serbuk penaik & telur dalam mangkuk adunan.  Pukul hingga pekat & gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.
3.  Perlahankan kelajuan & masukkan air, emulco coklat & serbuk koko.  Pukul lagi selama 5 minit.
4.  Tuangkan mentega cair & gaulkan dengan senduk kayu hingga sebati.
5.  Tuang adunan ke dalam acuan.  Bakar selama 45 minit.
BAHAN INTI KEJU:
250 gm krim keju
80 gm gula kastor
100 gm coklat masakan - dicairkan
250 gm krim putar (dairy whipping cream)
50 gm air
15 gm gelatin halal
CARA MEMBUAT:
1. Krim putar dipukul sehingga kembang & gebu.  Simpan di dalam peti sejuk.
2.  Pukul krim keju & gula kastor hingga berkrim.  Masukkan krim putar & coklat masakan yang telah dicairkan.  Pukul sebati adunan tersebut.
3.  Gelatin dicampurkan dengan air & panaskan secara double boiler hingga cair & hancur.
4.  Tuangkan gelatin ke dalam adunan keju tadi & pukul hingga sebati.
5.  Kek span coklat dihiris dua.  Masukkan satu bahagian ke dalam acuan springfoam bulat berukuran 8 inci.  Tuangkan adunan keju.  Dinginbekukan selama 4 jam @ semalaman.


Friday, October 12, 2012

TEMPAHAN

Tempahan2 lepas yang belum diupdate untuk tatapan. 
 Chocolate Moist Cake
-ditempah oleh Nurulfarahin, pelanggan baru.  Katanya kek ini khas untuk sahabat baiknya Niesa yang menyambut harijadi ke 26 tahun.
 Talam Tokyo
- kuih talam yang pernah dipelajari dari sifu Kak As yang tinggal di Sabah.
- kali pertama menerima tempahan dari rakan fb Fanny juga merupakan rakan sekolah adik, seorang cikgu dari Sekolah Chung Hua, Tabuan.
Sponge Cheese Cake
- ditempah oleh Puan Nurul Huda bertugas di Kem Penrissen Batu 8, Kuching. Tq.
- tempahan kali kedua dari beliau, alhamdulillah.
- biasanya kek ni dihias dengan cream cheese frosting & ditabur cheddar cheese tapi ada tambahan parutan coklat atas permintaan beliau.


Sunday, October 7, 2012

BISKUT

BISKUT COKLAT WALNUT
Sumber  :  Citarasa Biskut Popular
Puan Noraini Zakaria
 
Assalamualaikum & selamat sejahtera,
Tahun ni merupakan tahun kedua biskut keluaran NeenaKekSarawak dipasarkan di bandaraya Kuching khasnya untuk perayaan2 yang disambut oleh orang Sarawak.  Walaupun masih baru tetapi sambutannya amat......amat menggalakkan sehinggakan tidak menang tangan untuk mengambil lebih daripada yang mampu dibuat.  Sebelum itu juga, ribuan maaf tidak terhingga kepada yang tidak sempat kita buat disebabkan perkara2 yang tidak sangka boleh berlaku sehingga menyebabkan ramai juga kecewa kerana kesuntukan masa.....maaf ya di atas kesilapan saya.  Insya Allah pada tahun2 akan datang pengurusan akan ditingkatkan supaya semua hajat dapat dipenuhi.  Terima kasih juga kepada pelanggan yang banyak memberi sokongan & dorongan untuk meneruskan perniagaan ini, alhamdulillah.
 
Beralih kepada biskut di atas, sekali lagi resipi Puan Noraini menjadi pilihan kerana tidak pernah mengecewakan penghasilannya.  Walaupun resipi ini dibukukan 2010 tapi masih menjadi pilihan setiap kali hari lebaran tiba.  Nak mencubanya......silakan. Tq Puan Noraini for the best recipe ever.....http://resipinoraini.blogspot.com.
 
Bahan A:
250 gm mentega
100 gm gula kastor
100 gm gula perang
1 biji telur B
1/2 sudu teh emulco coklat
1 sudu teh esen vanilla
secubit garam
 
Bahan B:
350 gm tepung gandum
20 gm serbuk koko
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh penaik
1/2 sudu teh emplex
 
100 gm kacang walnut dicincang
100 gm coklat cip
 
Cara Membuatnya:
1.  Panaskan ketuhar kepada 180 C selama 15 minit.
2.  Putar mentega, gula kastor, gula perang & garam hingga kembang & putih lebih kurang 7 minit.
3.  Masukkan telur, emulco coklat & esen vanilla & pukul lagi hingga sebati.
4.  Ayak bahan B & gaulkan bersama kacang walnut & cip coklat.
5.  Gaulkan bahan B bersama dengan bahan A hingga menjadi doh yang lembut.
6.  Ambil sejemput adunan & letakkan dalam dulang pembakar yang telah digriskan dengan sedikit majerin atau shortening.  Ulangi proses yang sama hingga habis.
7.  Bakar selama 25 minit hingga masak.  Sejukkan sebelum disimpan.