Thursday, April 28, 2011

Tempahan.....

Alhamdulillah, walaupun kecil tapi berhasil. Itulah kata2 yang saya petik dari buku Chef Li yang banyak memberi motivasi & membakar semangat untuk saya agar tidak cepat mengalah, berputus asa malah terus berusaha...berusaha biarpun kecil tapi berhasil. Doa mak & ayah juga banyak membantu dalam rangka mencari pendapatan melalui bidang yang amat diminati ini. Menjaga kedua mak & ayah bukannya mudah tapi kalau dilakukan dengan ikhlas, apa saja yang kita lalui dalam kehidupan Allah akan permudahkan.....


Balik kepada beberapa tempahan yang saya terima dua minggu lalu, baru hari ni dapat upload gambarnya. Kek Cream Cheese

- deko fresh cream untuk topping serta bunga-bunga buttercream di sekeliling.

Ditempah oleh sepupu, Nornie yang telah menetap di Kuala Lumpur. Kek ni sempena harijadi ibunya pada 17 April & bapanya 21 April 2011. Ini kali pertama saya buat kek seberat 3 kg....... menggunakan loyang bulat 12". Alhamdulillah, feedback amat memberangsangkan.....Tq Nornie.

Kek Cream Cheese - belum makeover lagi


Moist Chocolate Cake

Moist Chocolate Cake, resipi dari Mylla ni telah banyak menambat hati peminat kek coklat. Ni ditempah oleh rakan sekerja suami, Nadia dari Kuala Lumpur juga. Sebelum tu kita mintalah suami bawa kat pejabat just untuk makan2 saja. Kebetulan musim election....ramailah yang bertandang ke Sarawak termasuk Cik Nadia ni. Selain itu beliau tidak ketinggalan untuk menempah Kek Buah Campuran untuk dibawa sebagai ole2 ke Kelantan. Kedua2 kek ini kita serahkan kat airport 17 April tu, yang bestnya terserempak pulak dengan bos suami yang on the way balik ke KL. Melihat anak buahnya bawa kek, beliau pun tempah juga tapi kena hantar kat KL bila suami ada mesyuarat kat sana....alhamdulillah.

Kek Buah Campuran


Kek Buah, ditempah oleh Cik Nadia. Selain itu yang satu lagi dihadiahkan kepada bekas rakan sepejabat suami dari Kota Kinabalu, Puan Rahimah untuk ole2 selepas berada di Kuching selama 2 minggu sempena election....gara2 election dapat juga rezeki ya.

Monday, April 25, 2011

Kelas Biskut / Produk terbaru

Kelas Chef Rashid Hassan

Alhamdulillah, tahun ni tercapai juga hasrat saya untuk hadir kelas biskut pada 9 April lalu anjuran Chef Rashid Hassan sekali lagi. Lima jenis biskut dipelajari pada hari tersebut & saya amatlah berpuas hati kerana biskut tu semuanya sedap2 belaka selain beberapa resipi bonus yang chef share bersama kami. Hasilnya inilah rupa bentuk biskut & kesinambungannya produk terbaru dari Kek Warisan Bonda yang akan diketengahkan sempena hari-hari perayaan akan datang. Paling dekat Gawai Dayak pada 1 & 2 Jun 2011 & Hari Raya Aidil Fitri pada Ogos nanti. Selain itu biskut ini boleh juga kita hadiahkan sempena Hari Ibu 15 Mei & sebagai doorgift utk majlis2 perkahwinan dan sebagainya. Promosi ini bermula pada bulan Mei akan datang. Biskut Fancy Mushroom Biskut Chocolate Chip
Biskut Snow White Biskut Ice Nestum
Biskut Tat Gulung Blueberry
Biskut Cheese Swiss Tart

Tuesday, April 19, 2011

Kelas Kek Cheese bersama Chef Rashid Hassan

Sekali lagi hadir ke kelas bersama Chef Rashid Hassan pada 9 April 2011. Sebenarnya saya teruja sangat nak belajar kek Cheese kerana banyak peluang terlepas sebelum ini semasa duduk di Sabah. Chef telah demo 4 kek cheese iaitu Kek Cheese Tiramisu, Kek Cheese Span Blueberry, Kek Cheese Oreo & Kek Cheese Durian. Selain itu, dapat beberapa resipi bonus dari Chef.....Cuma yang sedihnya lupa nak bawa kamera...

So, dalam dua minggu cuba buat sendiri & inilah hasilnya......tq chef. Dah boleh ambil tempahan le....sapa2 nak ode bole colling2 ya 016-5790871.


Kek Keju Tiramisu Kek yang telah dipotong....utk juadah minum petang famili. Anak2 & suami amat menyukai kek ni kerana ada rasa blueberry cheese & yang istimewanya rasa cuppicino yg telah direnjis atas lapisan kek span tu.


Kek Keju Tiramisu - belum dipotong. Kek Cheese Span Blueberry Toppingnya menggunakan cream cheese frosting & cheddar cheese yang telah diparut. Tengah kek menggunakan blueberry filling + sebahagian cream cheese frosting..... 2 lagi kek akan diupload kemudian...tunggu...

Sunday, April 10, 2011

Kelas Bersama Chef Rashid Hassan

Kelas Roti Bun & Pizza

Alhamdulillah, tahun ni saya berkesempatan untuk belajar membuat Roti Bun & Pizza bersama chef Rashid Hassan di Pusat Giat Mara Kuching pada 26 Mac yang lalu. Inilah kelas yang saya teringin sangat nak hadir...tahun lepas tak sempat nak belajar dari sifu Nina...

Mulanya kami diperkenalkan kepada membuat adunan roti asas & pelbagai bentuk bun seperti sunflower bun, butterfly bun, sesame sausage roll, tau sar bun, stollen red bean & bun yang disaluti mexican topping (ni yang anak paling suka makan) Bun with mexican topping......topping yg crunchy. Selama ni asyik beli je...sekarang boleh cuba buat sendiri, kan.... Pizza yang belum dibakar lagi....Ingat tak pizza di Pizza Hut yang ada cheese di dalam crustnya....nilah dia....sedap. Bun yang sedang menunggu untuk dibakar Pizza....inti dah masuk, ditabur sedikit daun bawang



Bersama chef Rashid & Pn Hjh Sapura, salah seorang peserta kelas tapi beliau juga sifu Kek Sarawak yang lama seperti Kek Lapis, Kek Buah dsb...bertuahnya saya dapat jumpa orang2 yang pakar dalam bidang baking & cooking jugak. Pn Hjh nilah yang bersungguh2 nak bawa saya ikut kelas ni.

Bun yang telah masak Menariknya bentuk ni...

Saturday, April 9, 2011

Cream Cheese Cake

Kek harijadi

Assalamualaikum,

Kali kedua menerima tempahan dari bekas teman sepejabat dulu. Beliau bersama suaminya tempah Cream Cheese Cake ini khas untuk harijadi seorang rakan pada 29 Mac lepas yang belum diupdate dalam blog. Alhamdulillah nampaknya kek cheese ini ada peminatnya sendiri. Deco atasnya blueberry filling & dihias dengan buttercream sekeliling. Cuma wording je tak berapa menyerlah, itu komen pelanggan, ya kan, asyik warna putih je......tukarlah warna lain nanti....insya Allah. Thank you Rosanah.