Tuesday, July 10, 2012

Kelas Roti Bun

Kelas Roti Bun Lagi...........bersama chef Rashid Hassan
Assalamualaikum & salam bahagia,
Sudah terlalu lama tidak mengupdate blog tentang perkembangan NeenaKekSarawak, hanya melalui Facebook sahaja banyak menceritakan aktiviti terkini & perkembangan "working from home mom". Walaupun perjalanan masih lagi baru, 3 tahun untuk lebih tepat lagi, dengan perkembangan facebook, blog Kek Warisan Bonda......neenakeksarawak.blogspot.com masih lagi relevan & memberi seribu inspirasi, motivasi untuk bergerak lebih ke hadapan demi memajukan diri & keluarga.  Kita harus sentiasa berada satu langkah lebih tinggi dari sebelumnya & seharusnya lebih mematangkan setiap tindakan yang diambil.  Alhamdulillah, sejak akhir2 ini sudah ada sedikit perubahan dari ilmu yang telah diperolehi & ada yang telah memberi penghargaan kepada hasil yang diketengahkan.  Pada masa yang sama perjalanan ini telah memberi saya lebih ramai kenalan & sepatutnya menjadikan saya lebih menghargai masa yang sedikit Allah berikan di dunia ini.

Back to cerita kita, ada kelas tahun lepas yang belum sempat diketengahkan untuk kepada rakan-rakan yang sentiasa tidak jemu2 menziarahi blog saya.  Inilah kelas terakhir tahun 2011 bersama chef Rashid sebelum kesibukan akhir tahun menjaga ayahanda yang sakit (walaupun tidak sepenuhnya).  Roti bun menjadi pilihan kerana sebagai ibu yang mempunyai bilangan anak yang ramai semestinya kita ingin agar masakan air tangan seorang ibu sentiasa menjadi pilihan anak-anaknya.......mudah-mudahan anakku, ya Allah menjadi anak yang berakhlak mulia & diredhai Allah s.w.t......amin.

 Roti Bun Cinnamon
 Roti Bun Mayonis Cheese (Belum masak)_
 Roti Bun Mayonis Cheese (telah masak)
 Roti Bun Cremelo
 Roti Bun (dah out of my memori track) - tanda ilmu tak praktis
 Roti Bun Potato (dipaip dgn cream custard atasnya)
 Roti Bun Potato (dipaip dgn blueberry filling atasnya)

Monday, July 2, 2012

BISKUT RAYA 2012

 Biskut Night Dome (baru)
RM25/50 keping / RM45/100 keping
Tat Nenas Gulung Blueberry 
RM27/50 keping / RM50/100 keping
Biskut Seri Dahlia 
RM25/50 keping / RM45/100 keping
 Biskut Almond London
RM35/50 keping / RM65/100 keping
 Biskut Neena Cheese Fingers



Biskut Suji Brunei
RM25/50 keping / RM45/100 keping
 Biskut Mama Carrie
RM25/50 keping / RM45/100 keping
Biskut Fancy Mushroom
RM25/50 keping / R45/100 keping
 Biskut Swiss Tat
RM23/50 keping / RM40/100 keping
Biskut Golden Cornflakes
RM23/50 keping / RM43/100 keping
Biskut Choco Ball
RM25/50 keping / RM45/100 keping
 Tat Gulung Nenas
RM27/50 keping / RM50/100 keping
 Biskut Cheese Coklat Cadbury
RM35/50 keping / RM65/100 keping

Tempahan telah dibuka & sila buat tempahan anda sebelum @ pada 22 Julai 2012.  Hubungi saya 016-5790871.

Friday, June 1, 2012

Perginya ayahanda yang amat dikasihi


Al-Fatihah.
Assalamualaikum, sengaja saya menulis malam ini untuk memperingati pemergian ayah tercinta untuk selama-lamanya pada 26 Februari 2012 yang lalu.  Hari ini 1 Jun adalah hari yang sepatutnya saya mengucapkan "Selamat Ulangtahun Perkahwinan ke 57" tetapi Allah s.w.t. lebih mengetahui bahawa ayah akan pergi selamanya sebelum waktu itu tiba.  Tahun lepas adalah tahun pertama saya meraikan ulangtahun perkahwinan ayah & mak & itulah kali pertama & terakhir kek ulangtahun disediakan.......teramat pilu untuk mengenangkannya.  Ayah, pemergianmu telah ditakdirkan & pada saat ini aku amat, amat merinduimu.  Banyak kenangan kita lalui bersama, kasih sayangmu & didikan yang telah ayah berikan akan ku jadikan pedoman untuk selamanya.  Kadang-kadang rasanya banyak lagi bakti yang tidak sempat ku taburkan kepadamu, malah banyak kali juga ku melukai & mengguriskan perasaan sama ada dalam keadaan sedar maupun tidak.  Walaupun demikian anakmu akan sentiasa mendoakan kesejahteraanmu di alam barzakh & semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atasmu, ayah......amin.
AL-FATIHAH.


Saturday, February 4, 2012

Pancake Pertama

Pancake - sumber Hajar

Assalamualaikum,

Sebenarnya saya teringin sangat nak makan pancake yang gebu & sedap. Alhamdulillah, cuti sekolah tahun lepas sampai juga hajat membuatnya.....nah kita persembahkan my very first pancake. Sumber resipi, maaf teringat catat blog siapa. Yang saya ingat beliau ada menulis sumbernya dari yang bernama Hajar. Puan Hajar, maaf tak ambil nama penuh, anyway tq so much for this wonderful recipe of yours.

Bahan-bahan:

6 sudu besar butter - dicairkan (saya guna buttercup je)

2 biji telur

2 1/2 cawan tepung self raising

2 sudu teh baking powder

2 sudu besar gula kastor

2 cawan susu segar

2 sudu besar jus lemon - optional

secubit garam

Cara membuatnya:

1. Campurkan semua bahan & gaul sebati.

2. Biarkan sebentar dalam masa 10 minit.

3. Masak pancake seperti biasa hingga habis & hidang panas.

@@@@SELAMAT MENCUBA@@@@

Tuesday, January 24, 2012

Tempahan Kek Cream Cheese

Assalamualaikum & salam bahagia,


Sedar tak sedar dah 24 hari kita meniti hari tahun 2012, dan selama 2 bulan lebih banyak cerita tak update lagi dalam blog.....banyak gambar2 kek ditempah, kehadiran ke kelas kek dan lain-lain belum sempat lagi dimuatkan dalam paparan tahun lepas. Walaubagaimanapun akan dimuatkan dalam entri akan datang. Sebenarnya laptopku genap setahun dah, tiba2 je ada masalah besar, masih belum dihantar untuk baiki, sekarang ni pinjam orang punya. Anyway, rindu sangat nak khabarkan berita untuk sesiapa je.......alhamdulillah bulan November lepas ada terima tempahan Kek Cream Cheese dari sahabat lama Ainei Hj Ramelan sempena hari jadi, untuk Raya Haji & makan2 katanya. Selain itu beliau ada juga tempah Custard Layered Cake (Kek Karamel), alhamdulillah. Ainei, jangan serik ya.....selepas ni bolehlah promote dengan rakan2 lain.....thank you.

Kek Cream Cheese Custard Layered Cake

Wednesday, November 9, 2011

Custard Layer Cake

Alhamdulillah, walaupun dah setahun belajar buat kek ni dari sifu Kak As di Sabah baru kali rasa rajin yang tidak terhingga untuk mencubanya setelah ada tempahan dari rakan lama di UITM sempena untuk hari jadi anaknya pada 3 November lepas. Mau tak mau memang Allah telah mengizinkan kek ni menjadi & harapan akan disukai oleh beliau dan keluarganya. Alhamdulillah saya mendapat maklumbalas yang amat2 menggalakkan.....saya menerima tempahan kedua & ketiga pada 6 & 7 November lepas. Di samping itu beliau tidak ketinggalan untuk tempah 1 biji kek Cream Cheese sebagai tambahan kek untuk Hari Raya Aidil Adha . Selain itu kita buatkan juga untuk anak2 & nampaknya kek ini amat diminati.......Ada juga rakan facebook tempah Kek Lumut tapi sayangnya bateri kamera dah weak & tak kesampaianlah nak tangkap gambarnya. Takpe, yang penting homemade cakes saya telah mendapat tempat di hati rakan lama, rakan fb & semoga sentiasa mendapat tempahan lagi di masa-masa akan datang.......amin. Selepas ni nak praktis buat tart & roti bun.....bila?......tak tau lagi, insya Allah.

Inilah keknya.......gebu kan? Cuma marblenya masih perlu diperbaiki lagi
......dihias dengan buah pic & bluberry di tengahnya..........

Tuesday, November 8, 2011

Kelas Kek Lapis Sarawak & Biskut

Assalamualaikum & selamat berbahagia,

Sebenarnya dalam bulan September lepas bersama Chef Rashid Hassan, selain Kelas Kek Cheese pada paginya, petang pulak saya tak mahu ketinggalan untuk ikut serta Kelas Kek Lapis Sarawak & biskut beliau. Alhamdulillah bertambahlah ilmu kek lapis Sarawak bercorak & juga biskut, insya Allah mudahan dapat menjana pendapatan di masa2 akan datang. Kata chef, kek lapis ni mendapat sambutan yang amat menggalakkan semasa Hari Raya Aidil Fitri yang lalu & oleh itu tidak rugi kepada yang hadir ke kelas ini. Selain itu kita juga dapat resipi bonus Kek Lapis Awan Nano.....ni kena cuba buat di masa2 akan datang, insya Allah. Practice makes perfect....

Kek Lapis MerongMahawangsa
.....layan je gambar dari sudut lain.


Biskut Pretty Strawberry