Friday, December 31, 2010

Kelas Deko Barbie Doll Cake

Kelas Deco Barbie Doll Cake adalah kelas terakhir saya bersama sifu Milla (http://bakewithmilla.blogspot.com/) sebelum berangkat ke Kuching, Sarawak 27 November lepas. Sebelum ini memang teringin sangat nak pandai buat deco barbie doll. Alhamdulillah tercapai juga hajat. Keknya adalah chocolate moist cake dihiasi dgn buttercream. Once again thank you Milla for being a very good teacher. Seminggu sebelum belajar deco ni, sempat juga saya belajar Talam Tokyo & Custard Layered Cake bersama dengan sifu Kak As yang tinggal di apartment universiti tapi since tak bawa kamera tak dapatlah publish dlm ni. Anyway once dapat gambar dari Kak As, belated je lah. Pengalaman bersama Kak As was so wonderful too, dihidangnya kuih kosoi, makan tengahari yg istimewa sangat. Thank you so much Kak As, you are really so kind hearted. Tak tahu bila lagi akan berjumpa Milla & Kak As ya...I will miss Sabah so much.


Staying kat Sabah really banyak mengajar erti persahabatan, I really make a lot of friends through baking classes, observe perserverence people working hard to support their family (foreigners) & paling ketara budaya yang mereka adopt. Saya akan rindu Putatan, pantainya, Giant & Survey tempat shopping tiap bulan, pelanggan yang banyak beri dorongan & keyakinan yang saya boleh juga berjaya dalam bidang baking ni.



Insya Allah untuk masa-masa akan datang sekiranya warga Sabah teringin nak buat tempahan Kek Lapis Sarawak bolehlah buat on line ya. Just call 016-5790871 atau 082-610720. Kosnya akan bertambah sedikit kerana semua tempahan akan diposlajukan.



Kepada sesiapa nak buat tempahan oven harga baru akan diberitahu paling lewat pertengahan Januari 2011.

Friday, November 19, 2010

MENITI USIA SETAHUN

Bukanlah satu perkara yang mudah apabila melahirkan seorang bayi yang memerlukan penjagaan yang rapi, teliti dan sebagainya. Apabila suami diarah berpindah ke Kota Kinabalu Sabah pelbagai perasaan yang timbul seumpama seekor rama-rama yang keluar dari kepompongnya untuk menjalani satu kehidupan yang serba baru. Tak pernah terlintas di hati akan berjauhan dengan ayahbonda, adik beradik, saudara mara dan rakan-rakan sekerja. Walaubagaimanapun satu keputusan telah dibuat untuk bersama suami di mana sahaja beliau berada & memberi sokongan dalam bidang pekerjaan sekarang. No more working mom, but stay at home mom, full time housewife.


Bukan mudah untuk memulakan satu perkara yang baru setelah 18 tahun bekerja. For nearly 2 years tak buat apa-apa, finally tahun lepas timbul keinginan untuk buat sesuatu yang dah lama ditinggalkan iaitu buat KEK.......Sebelum itu, saya suka sangat beli majalah RASA, I think I became a strong fan of RASA but never try any of the recipes. I just love the food pictures being taken in it....amazing!!! 2009 is the beginning of a journey to the world of baking plus the the birth of http://neenakeksarawak.blogspot.com/. Disember 2009 a month to remember, class with Mrs Lim from Mrs Lim School of Baking & Cooking class for a 3 days course of Kek Lapis Kukus (9 recipes). Sangat teruja but....the funny thing is belum mencuba any of her recipes.....pelik kan? Next year....ini akan masuk dalam "wish list" because all of her recipes sedap & mudah.


From Kek Lapis to cakes decoration with sifu Nina (http://sweetlilly.blogspot.com/). Sebagai newcomer, it was not as expected dek kerana ramai student belajar that day, I'm a little bit lost & my decoration was not as expected. Pegang noozle pun takut, it's all so new to me.

Anyway, it does not stop me attending more classes after that. Tiada noktahnya mencari ilmu & memperkembangkan bakat. What I need now is to awaken the giant within to explore more of my potential in future. There's no limit to it. Just take action.....just do it!!!!!!!!

Thursday, October 7, 2010

Kek Lapis & Chocolate Moist Cake


Chocolate Moist Cake Chocolate Moist Cake ini menjadi pilihan adik saya Siti Mariam untuk anaknya Muhammad Hakim untuk harijadi ke 5 tahun. Selain topping coklat, atasnya ditabur coklat cadbury dairy milk yang diparut dan chocolate rice di tepi. Alhamdulillah, tahun ni semenjak mendapat resipi dari Mylla (http://bakewithmilla.blogspot.com/) telah menjadi kek pilihan keluarga saya & beberapa pelanggan setia di daerah Putatan. I love the taste, everytime masuk mulut pasti nak...nak lagi. Pendek kata, tak jemu buat & makan. Once again, thank you Mylla, semoga rezeki tak putus2.



KEK LAPIS PUDINA CHOCATE CHIP Resipi ini saya dapat dari buku Dayang Kek Sarawak, Asas Kek Lapis. Selain dari adunan asas, kek ini ditambah dengan perisa peppermint untuk lapisan warna hijau & biru, manakala yang plain ditabur chocolate chip. Saya suka rasa mintnya & chocolate chip. Kek ini adalah untuk rumah terbuka adik saya Siti Mariam pada 1 Oktober 2010 lalu.

Monday, October 4, 2010

Kek Harijadi Lagi untuk Anak....

Pandan Kaya Cake

MUHAMMAD HAZIQ - 9 TAHUN (28.09.2010)
Tahun ini salah satu wish list telah terlaksana, buat birthday cake untuk anak....alhamdulillah. Kali ni anak ke 4, Muhammad Haziq, beliau teringin sangat ada deco orang main bola, jadi Kek Pandan ini menjadi pilihan, cuma "fudge topping" sedikit keras. Kita belajar dari kesilapan, next time kena buat bagus lagi, insya Allah.

Sunday, September 19, 2010

Cheese Cake with Blueberry Filling

Basenya-roti marie, mentega & coklat masakan dicairkan dan ground almond

Inilah kek cheese pertama khas untuk harijadi anak sulung saya Muhammad Abdullah Firdaus yang ke 14. Masa ambil gambar ni serius je mukanya. Dia minat sangat makan kek cheese, so cuba buat jugak. Alhamdulillah seronok buat kek untuk anak, 2 hari dah abis dah....bukan Muhammad saja yang suka, umi, abah & adik2 lain pun tumpang sama. At least dah boleh buat sendiri, air tangan ummi, tapi perlu halus lagi pembikinannya. In the near future, cuba buat bagus lagi dari ini...practice makes perfect. Alhamdulillah, yang penting anak suka.

Friday, September 10, 2010

SALAM AIDIL FITRI

Di antara kek lapis terbaru yang diceduk dari buku Dayang Kek Sarawak. Kek ini dibuat khas untuk dihantar ke Mini Market Ridwan's di Putatan sebagai percubaan untuk test market. Semua kek ini dijual dalam bentuk potongan kecil. Alhamdulillah ada sambutan tapi tak menang tangan kerana masa begitu singkat untuk mengambil tempahan dari tuan punya mini market.
Kek Lapis Pudina Chip
Kek Lapis Tiga Rasa

Bold Kek Lapis Tembikai

Kek Lapis Pandan


Pejam celik2 dah pun Syawal, seakan baru semalam je mula berpuasa...setiap tahun pasti ada perbezaan, cubaan dan dugaan, pelbagai kerenah diri, anak2 dan persekitaran. I really miss waktu berbuka bersama anak2 dan suami...and I think that's how my parents really feel without anak2 di samping mereka. Being full time wife & mom I really wanted to treasure all those wonderful moments & experience. Semasa bekerja, semuanya rushing sini, rushing sana...kehidupan yang terkejar2 (tak semua wanita experience ni kan?)

Anyway, all the rushing, stress datang jua tahun ni, as I went advance dengan menerima tempahan Kek untuk Hari Raya. Penat.....tak cukup tidur, tapi berbaloi juga. Yang paling penting ENJOY...dapat buat kek lapis baru & belajar untuk mengolah resipi sendiri kalo ada yang tak kena.... Pengalaman menggunakan hand mixer begitu mencabar (sekarang ni sedang kumpul dana untuk beli mixer besar...insya Allah) Mudahan Allah kabulkan permintaan hambanya ini...amin
SALAM AIDIL FITRI


ditujukan khas kepada mereka yang telah membuat tempahan seperti berikut:
1. Wanie - 4 biji kek lapis
2. Jason (dari Kudat) - 2 biji kek lapis
3. Isteri bos Siti Zahrin - 1 biji kek lapis
4. Siti Mariam (adik) - 2 biji kek potong (1 kek lapis & 1 kek buah)
5. Adi - 4 biji kek lapis
6. Kawan sepejabat Wanie - 4 biji kek lapis
7. Aleeza - 5 biji kek lapis & 1 biji chocolate moist cake
8. Murada - 2 biji kek lapis
9. Mini Market Ridwan's - 27 pax kek lapis potong
10. Dayang - 1 biji Chocolate Moist Cake
11. Roslan - 5 biji kek lapis
12. Hamzah - 4 biji kek lapis
13. Suhaina - 1 biji kek lapis
14. Aminah (dari Papar)- 2 biji kek lapis
15. Abdullah - 2 kek lapis potong
16. Sintia - 1 biji Kek Lumut & 1 biji kek lapis potong
17. Kak Aisyah (Lahad Datu) - 3 biji kek lapis & 1 biji Kek Hati Parik
18. Nazam - 2 biji kek lapis
19. Reduan - 2 biji kek lapis
Terima kasih di atas tempahan anda semua ya...
Just untuk info, di antara kek paling popular ditempah tahun ini ialah Kek Lapis Evergreen, Masam Manis, Chocolate Cheese, Coklat Cadbury (Lapis India), Chocolate Peppermint, Aiskrim Blueberry & Strawberi. Alhamdulillah pengalaman tahun ini banyak mengajar erti kesabaran, perbaiki kualiti kek & banyakkan berdoa, berzikir dalam membuat kek ni. Semoga ianya terus menjadi pendorong untuk berusaha lebih lagi di masa akan datang.

Tuesday, August 24, 2010

KOLEKSI KEK LAPIS LAGI.....

Sudah lama tak update story Kek Lapis terkini dari Koleksi Neena - Kek Warisan Bonda.
KEK LAPIS CREAM-O
Resipi asal (dari sifu Nina - http://sweetlillykitchen.blogspot.com/) mengguna biskut Oreo, tapi saya ganti dengan Cream-O. Di samping bahan asas, adunan kek menggunakan horlicks, susu pekat, santan ditambah seri dengan taburan biskut Cream-O. Suami dan anak2 minat sungguh kek ni. Bila dihidang..sekejap ada....sekejap takda....

Nak ode....

RM80.00 (9" x 9")
RM42.00 (4.5" x 9")
RM27.00 (3" x 9")


KEK LAPIS CHOCOLATE PEPPERMINT

- kek ini telah ditempah oleh Jason Siman dari Kudat minggu lepas. Tak puas hati kerana tak sempat ambil gambar, buat sekali lagi minggu ni. Rasa peppermint dan chocolate menggunakan tepung koko menambah rasa sedapnya kek. Not too sweet but mouth watery bila memakannya. Resipi boleh diperolehi dari brother Rozzan (http://rozzan.blogspot.com)
RM55.00 (7" x 7" / 8" x 8")
RM28.oo (separuh loyang)




KEK LAPIS STRAWBERRY CHOCOLATE RICE

- sentuhan terbaru diceduk dari buku kek lapis terlaris di Malaysia, siapa lagi kalau tak Puan Rabiah Amit Jilid 3. Tak tau mana silapnya agak keras sedikit, not moist...bila check thro' resipi rupanya ada tertinggal oleh penulis agaknyalah...., susu pekat manis. Hanya dalam cara membuat kek ditulis kehadiran susu. Anyway good lesson for me, to be very careful when browsing thro' resipi2...he..he maaf ye Puan Rabiah.
RM70.00 (8" x 8")
RM37.00 (4" x 8")

KEK LAPIS AIS KRIM SODA
- perisa utama susu pekat manis, horlicks, jem raspberry (saya gantikan dengan jem strawberry kerana masih ada stok) dan tambahan esen ais krim soda.
RM55.00 (7" x 7" / 8" x 8")
RM28.00 (separuh loyang)

Wednesday, August 18, 2010

TERIMA KASIH ATAS PEMBELIAN

Saya ingin mengucapkan terima kasih di atas pembelian

OVEN KEK LAPIS SARAWAK (KECIL)
1. PUAN ROZITA BT AIYOB (KLANG, SELANGOR) - 04.08.2010

Kepada sesiapa yang berminat untuk memiliki OVEN KEK LAPIS SARAWAK (SAIZ KECIL) stok masih ada. Anda boleh hubungi saya 016-5790871 atau emel neenahapiza@yahoo.com, untuk maklumat lanjut.

KEK LAPIS SARAWAK

1. LAPIS PRUNE (1 LOYANG) - PUAN SAPNAH (RANAU, SABAH) - 15.08.2010

TEMPAHAN UNTUK KEK LAPIS SARAWAK DAN PELBAGAI KEK LAIN MASIH DIBUKA SEHINGGA DIBERITAHU KEMUDIAN.

Saturday, August 14, 2010

TEMPAHAN KEK

Very, very long time blog tido....bengang computer breakdown since June...kena petir. I am sure ramai fans kat sana miss me (perasan sendiri), but most of all I really miss dunia blogging ni a lot. What's new? Mulai Julai buka stall kuih & nasi lemak depan rumah. Indeed it was a new experience being a "usahawan senyap". Tough & so much challenge. It was a total change as banyak jadual dalam pengurusan rumahtangga kena berubah....indeed saya salut kat pengusaha stall di luar sana di atas ketahanan mereka waking up so..so early in the morning to get everything ready tip top atas meja jualan...

Well, what's next? Get back to baking life....TEMPAHAN KEK UNTUK BULAN RAMADHAN & SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI.....

Tempahan dah bermula....berita baik untuk warga yang duduk di Sabah. Ini adalah peluang baik untuk anda menikmati HOMEMADE CAKES dari saya.....

KEK LAPIS SARAWAK
KEK KUKUS LIMA BINTANG
- Kek Hati Pari & Kek Lumut
KEK COKLAT (STEAMED, BAKED & CHILLED)
KEK CHEESE (STEAMED, BAKED & CHILLED)
KEK BUAH WARISAN BONDA

Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi saya 016-5790871 atau emel neenahapiza@yahoo.com.

HOMEMADE CAKES JUST FOR YOU.
MAKE SURE TEMPAH AWAL YA...
YANG TINGGAL DI LUAR KAWASAN KOTA KINABALU NOT TO WORRY BOLEH ODE ONLINE JUGA...KITA AKAN POSKAN "RIGHT AT YOUR DOORSTEP".
CEPAT...CEPAT....CEPAT!!!!!!!!
JANGAN TUNGGU HINGGA SAAT AKHIR.....

Wednesday, May 26, 2010

Kelas Kek Lapis Sarawak

Sebenarnya semasa giat aktif dalam bidang baking ni terutama sekali Kek Lapis Sarawak, tak pernah terfikir untuk memanjangkan lagi bidang ini kepada mengajar pulak. Atas permintaan rakan facebook & jiran, maka dengan rendah diri buat juga mengikut kemampuan...alhamdulillah semua dengan izin Allah, semoga ilmu sedikit ini dapat berkembang dan dapat dimanfaatkan oleh yang mengikutinya. Sekiranya ada kekurangan, akan diperbaiki & ditambah di masa akan datang.

22.05.2010 (Sabtu)

Telah diadakan di rumah Janira Abu Bakar (tiada dalam gambar). Dihadiri seramai 3 orang, Janira (surirumah buat biz kek dari rumah), Sue (guru) & Farrah (bakal graduan UMS Oktober ni). Oleh kerana julung kali diadakan, banyak aksi terlupa untuk ambil, tapi alhamdulillah Kek Lapis Aiskrim Blueberry yang diajar dapat siap.
Kek Lapis Aiskrim Blueberry - hasil Janira, Sue & Farrah
Sue-khusyuk melapis
Farrah-khusyuk menimbang adunan
23.05.2010 (Ahad)
Hari berikutnya di rumah jiran Linda dan Ros. Sebenarnya Linda dah lama minta saya ajar kek lapis, alhamdulillah Ahad lepas, hajatnya kesampaian. Dengar cerita dah buat lagi hari seterusnya untuk adik beliau bawa balik Terengganu.

seronoknya kek dah siap
Ros..seorang guru
Linda - jiran
Kek Lapis Aiskrim Blueberry-hasil Ros & Linda

Monday, May 24, 2010

Lagi...kek untuk juadah minum petang

CHOCOLATE MOIST CAKE

Semasa belajar kek bersama sifu Milla, kami dihidangkan Chocolate Moist Cake, yang sangat sedap. Selapas makan teringat2 macam orang gila bola. Tak tahan hati, sms sifu minta resipi. Sifu yang amat baik hati tak keberatan, pakai sms je resipi tu...oleh kerana demam buat kek menjadi2 ni...buat juga..hasilnya.....

Tq Milla, menjadi kek akak ni...seronok betul!!!! Hasil hari tu untuk minum petang & juga untuk Hari Guru...Anak-anak & guru pun happy dapat sama-sama merasakannya. sebahagian kek chocolate moist ini untuk anak bagi kat guru sempena Hari guru

Kek sebelum dituang topping coklat & taburan coklat rice

CHOCOLATE MOIST CAKE
2 cawan tepung gandum
1 cawan air panas
3 biji telur (gred A)
1 cawan koko
1 cawan gula
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak jagung (boleh gunakan marjerin / butter dicairkan-lebih enak lagi)
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
Cara membuatnya:
1. Hancurkan gula dengan air panas atas api kecil sampai hancur.
2. Masukkan minyak, koko, susu pekat, gaul hingga sebati.
3. Bancuh telur dalam mangkuk berasingan hingga berbuih, tak payah guna mixer, sudu sudah memadai. Kemudian masukkan dalam adunan gula tadi. Gaul hingga sebati.
4. Masukkan tepung, soda bicarbonate, baking powder sedikit demi sedikit, gaul sebati.
5. Masukkan dalam loyang & tutup dengan aluminium foil.
6. Kukus pada air mendidih dengan api perlahan...selama 1 jam 30 minit.
RESIPI DARI BAKE WITH MILLA (Tq izinkan kak publish cni)

Saturday, May 22, 2010

Juadah Minum Petang

Ini adalah Kek Span dari resipi Noraini (http://resipinoraini.blogspot.com/) berperisa Yam. Tahun ini adalah paling sibuk mencuba pelbagai resipi span dari internet dan buku. At least buat sesuatu yang baru untuk peningkatan diri dalam bidang pembuatan kek & yang paling penting suami & anak2 gembira makan dari air tangan sendiri..alhamdulillah

Simple Banana Cake menjadi pilihan sekali kerana mudah & tak banyak kerenah, taburan Walnut menjadikan kek pisang lebih sedap lagi untuk dimakan.

Sapa ni? Permata hatiku...
Selingan kejap...si comel ingin posing pakai topi buatan kulit kayu

Wednesday, May 19, 2010

KELAS BAKE WITH MILLA

KELAS KEK DECO STEAM BUTTERCREAM

Terlalu ingin sangat nak pandai buat kek deco ini, kelas kali ini adalah bersama sifu Milla (http://bakewithmilla.blogspot.com/). Yang paling menyeronokkan & banyak cabaran membuat bunga rose yang banyak kali tak menjadi. Harap sifu tak pening kepala ajar anak murid yang agak lambat ni. Milla, kak kagum dengan awak, seorang yang sangat gigih, tak henti-henti beri tunjuk ajar sampai kak dapat buat. Thank you so much, moga sifu Milla sukses & dilimpah rezeki berpanjangan & melimpah ruah...amin.

Akhirnya...kek idaman hamba
Kek Span Vanilla yang belum kena "touch up"
bunga sudah siap...lebih 2 jam ni..tapi belum ada border

proud to present... my Steam Buttercream Cake..happynya..
Tengah (sifu Milla - masih muda & very energetic lady,
yang pakai tudung merah jambu - Puan Maimon, sama geng belajar)
2 happy moms with their finished product
dah kena nyum...nyum dengan peminat kat rumah

Monday, May 17, 2010

Kek Birthday Untuk Siti Nur 'Afifah

Untuk mahir sesuatu bidang nasihat guru, perlulah banyak berlatih..berlatih & berlatih. Sebagai persediaan untuk lebih mahir lagi, inilah kek birthday ke2 tahun ni yang dibuat hari Jumaat lepas (14.05.2010) bersama adik (http://gerairizqi.blogspot.com/) untuk anaknya Siti Nur "Afifah. Kek birthday ini menggunakan kek span berperisa chocolate emulco. Belum halus lagi..tapi kena cuba juga supaya tidak keras tangan mengguna noozle. Satu percubaan supaya lebih yakin di masa akan datang....

Sunday, May 16, 2010

KEK LAPIS LAGI...

KEK LAPIS AISKRIM BLUEBERRY

Inilah kek lapis yang telah dipelajari dari kelas sifu Nina (http://nina-bakehouse.blogspot.com/). Cuma bezanya, saya telah menggunakan loyang bulat 8" sebab untuk makan diri sendiri & rakan2. Yang bestnya resipi ni menggunakan tepung aiskrim, horlicks & filling blueberry untuk disapu atas lapisan ungu...


KEK LAPIS EVERGREEN

Kali ini menggunakan resipi dari Dayang Kek Sarawak (http://dayangkek.blogspot.com/). Kek ini ditempah dari rakan ipar dari Tawau, Sabah. Keunikan rasanya disebabkan adunan santan & susu pekat yang memberi tekstur yang lembut & lembab.
KEK LAPIS MASAM MANIS
Seperti biasa resipi Rozzan menjadi pilihan (http://rozzan.blogspot.com/) Cuma kali ini saya gantikan warna rose pink untuk warna merah, apple green dan biarkan plain untuk lapisan ketiga. Kek ini juga ditempah oleh rakan ipar dari Tawau, Sabah. Terima kasih ye...

Saja-saja nak bagi chance kek berposing...he....he

Thursday, May 13, 2010

My New Kitchen Friend



Ya....inilah sahabat baru saya (taklah terlalu baru), yang telah dibeli semasa bercuti di Sarawak tahun lepas....OVEN KEK LAPIS(Tinggi - 28", Panjang - 28", Lebar - 22"). Dah terlalu minat dalam pembuatan kek lapis ni & same time nak expand business, tutup sebelah mata je & inilah dia...oven kek lapis (oven serikin) yang sering hangat diperkatakan oleh ramai sifu2...sila rujuk http://keklapis.com/, http://dayangkek.blogspot.com/, http://resipinorainiblogspot.com/ just to name a few.


Sebenarnya, dalam pembikinan kek lapis ni, oven letrik (ada api atas & bawah) sudah pun memadai. Walaubagaimanapun, sekiranya anda nak perkembangkan perniagaan, pilihan untuk memilikinya mungkin boleh dipertimbangkan. Sekali lagi pilihan adalah dalam tangan anda sendiri.

KEISTIMEWAANNYA :

  • Boleh menghasilkan 4 biji kek lapis menggunakan loyang 9" x 9" sekaligus.

  • Menggunakan gas sebagai bahan bakar, amat sesuai sekiranya anda perlu buat kek lapis banyak2.

  • Time saving - oleh kerana oven ni boleh bakar 4 kek lapis sekaligus contohnya dalam masa 2 jam, oven biasa hanya mampu 1 biji dalam masa yang sama.

Untuk makluman rakan-rakan blog saya atau sesiapa sahaja promosi yang saya buat adalah oven saiz kecil sahaja (2 loyang atas & 2 loyang bawah). Bezanya oven ni dgn yg saiz besar hanyalah dari sudut lebarnya sahaja. Sekiranya ada permintaan untuk oven saiz besar, akan dipertimbangkan untuk masa akan datang. Untuk tempahan pesanan, sila hubungi saya atau sms 016-5790871 untuk maklumat selanjutnya atau emel neenahapiza@yahoo.com

CEPAT....CEPAT....FIRST COME FIRST SERVE....BERBALOI

HAPPY BAKING TO ALL....

Tuesday, May 4, 2010

OVEN KEK LAPIS

PROMOSI OVEN KEK LAPIS

Berita baik untuk sesiapa sahaja yang ingin memiliki oven kek lapis (Oven Serikin)

SAIZ KECIL

MUAT 4 LOYANG 8"X8"
(2 ATAS & 2 BAWAH)

DUA TINGKAT

ATAS - BOLEH BAKAR SPONGE CAKE, CHEESE CAKE, FRUIT CAKE, ROTI, PIZZA, BISKUT DLL.

BAWAH- DIREKA KHAS UNTUK BAKAR KEK LAPIS

HARGA : SILA CALL SAYA 016-5790871 OR


strictly for serious buyer only

CARA PEMBAYARAN :
100% FULL PAYMENT
(Butiran Akaun Bank akan diberi sebaik sahaja persetujuan tercapai)

PENGHANTARAN : POSLAJU

Saturday, April 24, 2010

Kek Lapis Masam Manis

Semalam saya terima tempahan Kek Lapis Masam Manis dari Sue Anne (http://travelborneotours.com/) untuk kenalannya pelancong dari luar negera untuk majlis Hari Jadi. Saya tak dapat nak ambil gambar kerana tiada kamera tapi rupanya.....sebiji seperti gambar di atas. Di atas permintaan kenalan Sue Anne kek tu tak ada deco kerana beliau mahu yang original...

Anyway untuk info, resipi ni saya ceduk dari saudara Rozzan (http://rozzan.blogspot.com/), tapi sedikit je perubahan kerana masih ada stok bahannya. Next, mungkin saya akan tambah tepung ais krim untuk rasa lebih lemaknya. Tak rugi mencuba sesuatu yang beza kan?... So, here's the resipi for you.


KEK LAPIS MASAM MANIS
10 biji telur
130 gm gula halus
450 gm mentega
1 sudu teh ovalette
1 tin susu pekat manis (kecil)
50 gm jem raspberry (saya gunakan strawberry)
250 gm tepung Hong Kong
100 gm Horlicks
Secukup Haw Flakes (49 keping setiap lapisan merah)

CARA:

1. Pukul mentega, gula dan ovalette hingga kembang. Masukkan telur sebiji2, pukul lagi hingga kembang dan pekat.

2. Kemudian masukkan susu manis dan jem lalu terus pukul dengan kelajuan yang paling rendah, saja untuk ratakan bahannya atau boleh juga kacau hingga sebati.

3. Sesudah itu, masuk tepung dan horlicks lalu pukul lagi (dengan kelajuan rendah) atau dikacau hingga sebati.

4. Bahagi adunan kepada 3 bahagian dan warna.

(a) Merah (saya guna merah jambu)
(b) Hijau (saya guna apple green)
(c) Kuning (saya biarkan plain saja)

5. Loyang 8" x 8" telah digunakan. Kalau nak kurang tebal boleh gunakan 9" x 9". Bakar berlapis-lapis plain, hijau, dan begitulah seterusnya sehingga habis. Susun haw flakes pada setiap lapisan merah atau mengikut kreativiti masing-masing.

"SELAMAT MENCUBA"

Tuesday, April 13, 2010

Kelas Kek Lapis Sarawak & Tart

Sabtu lalu (10.04.2010), sekali lagi saya hadir mengikuti Kelas Kek Lapis Sarawak & Tart yang dianjurkan oleh Sweetlily Kitchen (http://sweetlillykitchen.blogspot.com). Walaupun boleh buat kek lapis tetapi belum pernah lagi berguru. Melalui kelas ini banyak lagi ilmu diperolehi misalnya, cara kita mengadunkan kek, melapis kek untuk mendapat hasil yang baik dan berkualiti atau "presentable" kepada diri kita sendiri dan lebih-lebih lagi peminat atau pelanggan kita. Walaupun kelas bermula lebih kurang jam 10.00 pagi dan berakhir hingga 6.45 petang, saya amat...amat berpuashati. Nina sentiasa memberi tip2 berguna sepanjang hari tu. Rakan-rakan kelas lain pun really enjoy, berbaloi sangat..... Thank you banyak-banyak Nina, saya doakan Sweetlilly Kitchen sentiasa terus maju dan unggul.

Kek Lapis Aiskrim Blueberry

Kek Lapis Oreo

Kek Lapis Seri Balas

me...with the cakes

bersama sifu Nina (tengah) & geng kelas

Kelas Tart bersama Milla (peserta)


Tart Buah
Tart Telur