Assalamualaikum & selamat berbahagia,
Sebenarnya dalam bulan September lepas bersama Chef Rashid Hassan, selain Kelas Kek Cheese pada paginya, petang pulak saya tak mahu ketinggalan untuk ikut serta Kelas Kek Lapis Sarawak & biskut beliau. Alhamdulillah bertambahlah ilmu kek lapis Sarawak bercorak & juga biskut, insya Allah mudahan dapat menjana pendapatan di masa2 akan datang. Kata chef, kek lapis ni mendapat sambutan yang amat menggalakkan semasa Hari Raya Aidil Fitri yang lalu & oleh itu tidak rugi kepada yang hadir ke kelas ini. Selain itu kita juga dapat resipi bonus Kek Lapis Awan Nano.....ni kena cuba buat di masa2 akan datang, insya Allah. Practice makes perfect....